Panorama Kantin
Tuesday, February 21, 2012
Lawatan Smk Kubang Bemban
Pada 15 Feb 2012 sekali lagi Kafeteria Aula Jauhari Smk Jeram menerima kunjungan dari pihak luar. Kali ini Smk Kubang Bemban datang untuk melihat kecerian dan kebersihan kantin ini.




Sunday, February 12, 2012
Lawatan SMK Kamil
Wakil Smk Kamil telah mengadakan lawatan ke kantin Aula Jauhari pada 13 Feb 2012. Lawatan penanda aras kantin bersih Peringkat Kebangsaan.





Tuesday, January 17, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Lawatan PPD Tanah Merah
Segerombolan guru dari PPD Tanah Merah telah mengadakan lawatan ke kantin Smk Jeram pada 14 Nov 2011. Kantin Smk Jeram telah dijadikan 'banch-mark' oleh kantin dari sekolah seluruh Kelantan.




Lawatan dari SMK Dato' Ismail Pasir Puteh
Kantin SMK Jeram menerima kunjungan dari warga Smk Dato' Ismail untuk melihat dari dekat keceriaan kantin Kafetaria Jauhari.





Friday, October 28, 2011
Wednesday, September 7, 2011
Panduan Pemakanan Berkhasiat
Dalam juadah harian, perlu ditekankan ialah penggunaan lemak kerana lemak berlebihan dalam badan mengundangkan banyak masalah.
Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak ketika memasak.
Pengambilan lemak sepatutnya tidak melebihi 30 peratus jumlah kalori harian dan jika berlebihan, ia akan membentuk plak pada dinding saluran darah sehingga menyebabkan salur darah tersumbat. Cara lain bagi mengurangkan pengambilan lemak ialah dengan menyediakan makanan rendah lemak dan memilih makanan rendah kolesterol.
Jangan kita tunggu umur sudah lanjut baru hendak memikirkan soal kesihatan. Harta yang kita kumpulkan sepanjang tahun akan dihabiskan untuk berubat. Mencegah lebih baik dari mengubat.
Saturday, September 3, 2011
Apa yang perlu anda tahu
Makanan Basi?

Sudah beberapa kali keluar didada-dada akhbar berita murid-murid sekolah muntah-muntah dan cirit-birit akibat makan dikantin sekolah. Ini disebabkan makanan yang dijual tidak diurus dengan betul dan tercemar. Adakah anda pernah mengalami nasib yang sama. Berkongsilah pengalaman anda dengan rakan-rakan yang dengan memberi komen anda disini. Terima kasih di atas reaksi anda.
Makanan Sihat ?
Apa yang anda makan dikantin pada hari ini. Adakah ianya makanan yang sihat.Dapatkah kita temukan dikantin sekolah kita, makanan yang sihat. Beri komen anda untuk kebaikan kita bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)