Panorama Kantin

Wednesday, September 7, 2011

Panduan Pemakanan Berkhasiat

Pada kesempatan hari ini, saya ingin berkongsi informasi pemakanan berkhasiat. Ini adalah secebis info daripada ribuan info pemakanan berkhasiat.

Dalam juadah harian, perlu ditekankan ialah penggunaan lemak kerana lemak berlebihan dalam badan mengundangkan banyak masalah.
Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak ketika memasak.

Pengambilan lemak sepatutnya tidak melebihi 30 peratus jumlah kalori harian dan jika berlebihan, ia akan membentuk plak pada dinding saluran darah sehingga menyebabkan salur darah tersumbat. Cara lain bagi mengurangkan pengambilan lemak ialah dengan menyediakan makanan rendah lemak dan memilih makanan rendah kolesterol.

Jangan kita tunggu umur sudah lanjut baru hendak memikirkan soal kesihatan. Harta yang kita kumpulkan sepanjang tahun akan dihabiskan untuk berubat. Mencegah lebih baik dari mengubat.


Saturday, September 3, 2011

Apa yang perlu anda tahu

Makanan Basi?



Sudah beberapa kali keluar didada-dada akhbar berita murid-murid sekolah muntah-muntah dan cirit-birit akibat makan dikantin sekolah. Ini disebabkan makanan yang dijual tidak diurus dengan betul dan tercemar. Adakah anda pernah mengalami nasib yang sama. Berkongsilah pengalaman anda dengan rakan-rakan yang dengan memberi komen anda disini. Terima kasih di atas reaksi anda.

Makanan Sihat ?



Apa yang anda makan dikantin pada hari ini. Adakah ianya makanan yang sihat.Dapatkah kita temukan dikantin sekolah kita, makanan yang sihat. Beri komen anda untuk kebaikan kita bersama.

Wednesday, August 24, 2011

Piramid Makanan





Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.

Pengenalan
Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?
Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.

Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.

Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.

Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.

Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.
Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.

Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.

Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :

  • Kalori.
  • Lemak.
  • Kolesterol.
  • Natrium.
  • Protein.

Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.

Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.





Tuesday, August 23, 2011

Kantin Berwajah Baru






Kafetaria Aula Jauhari SMK Jeram dalam proses menambah keceriaan. Sangat ceria hasil garapan guru seni Smk Jeram iaitu Pn Alizah bt Muda. Beberapa bahagian dinding kantin telah dilukis mural, hayati pemandangan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...